Arahan
awal supaya digerakkan dakwah secara terang-terangan adalah berdasarkan
ayat terawal diturunkan mengenainya yang bermaksud:
“Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. “
Surah
yang termuatnya ayat ini ialah surah al-Syuara’, diawalnya dikisahkan
Musa a.s, bermula dari kebangkitan sebagai nabi hinggalah hijrahnya
bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaun dan
petualang-petualangnya dan penenggelaman Firaun bersama-sama orangnya ke
dalam laut, kisah ini mengandungi tahap-tahap dakwah nabi Musa yang
dilaluinya dalam usaha mengajak Firaun dan kaumnya untuk beriman dengan
Allah. Pada saya pengisahan Musa secara terurai ini bertujuan untuk
mengiringi sumhan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w untuk berdakwah
kepada kaumnya, agar kisah ini menjadi teladan tertera dihadapan mata
kepala mereka, di mana mereka akan menghadapi pendustaan dan penyiksaan
semasa mereka mengisytiharkan dakwah secara terbuka dan supaya dari
awal-awal lagi mereka mempunyai ain basirah terhadap kerja yang bakal mereka laksanakan nanti.
Dari
sudut yang lain surah ini juga menyebut kesudahan mereka yang engkar
dengan utusan Allah, mereka terdiri dari kaum Nuh, ‘Aad, Thamud, kaum
Ibrahim, kaum Lut, penghuni al-Aikah – selain dari Firaun dan kaumnya,
agar mereka mengambil periktibaran, bahawa kesudahan mereka pun sama
juga sekiranya mereka terus mendustai Rasulullah dan kaum Mukminin akan
mengetahui bahawa balasan yang baik sedang menunggu mereka.
SERUAN KEPADA KELUARGA TERDEKAT
Tindakan
awal yang dilakukan oleh Rasulullah sebaik sahaja turun ayat mengenai
seruan cara ini ialah dengan menjemput anggota Bani Hasyim, mereka
seramai empat puluh lima orang, yang juga terdiri dari keluarga Bani
al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis ini Abu Lahab memulakan
percakapan dengan katanya: Mereka ini semua bapa-bapa saudara dan
anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplah tetapi tinggalkan persoalan al-Saba ‘ah keluar
agama, kau mesti tahu di mana seluruh bangsa Arab bangsa kamu juga,
mereka ini tidak berkuasa, dan aku lebih berhak memegang kamu, untuk
kamu memadai setakat anak pinak bapa kamu, sekiranya kau berhenti
setakat yang telah kamu lakukan itu, maka itu lebih senang diterima oleh
kesemua qabilah-qabilah Quraisy, dan disokong oleh bangsa-bangsa Arab.
Setakat hari ini aku belum pernah bertemu dengan seorang lelaki yang
telah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti yang kau lakukan ini.
Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata-kata sebarang
apa pun, di dalam majlis itu. Kemudian, sekali lagi Rasulullah menjemput
mereka dan berkata:
Segala
puji-pujian bagi Allah daku lafazkanm, denganNya laku memohon
pertolongan, denganNya daku beriman, ke itasNya daku bertawakkal, daku
bersaksi sesungguhnya tiada luhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu
bagiNya. Katanya iagi: Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai, demi
Allah tiada I\ihan melainkan Dia, sesungguhnya daku adalah pesuruh
Allah, kepada kamu secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi
Allah sesungguhnya kematian kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan
kamu akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur
ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala amalan yang kamu
lakukan, balasannya itu samada ke syurga selama-lamanya atau ke neraka
selama-lamanya. Abu Talib bangun menyahut Rasulullah dengan berkata:
Tidak ada suatu pun yang Allah suka bagi kami selain dari membantu kamu,
menerima nasihat kamu, mempercayai kata-kata kamu itu, mereka yang
berkumpul ini adalah anak keluarga bapa engkau, aku ini cuma salah
seorang dari mereka tetapi aku lebih segera untuk menerima apa yang kamu
senangi itu. Ayuh, teruslah dengan sesuatu yang telah diperintahkan ke
atas kamu itu, demi Allah aku ini masih Iagi menjaga dan mempertengahkan
kamu, namun jiwaku masih tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah
dengan agama Abdul Muttalib itu. Segera dicelah oleh Abu Lahab dengan
katanya: Demi Allah ini adalah salah satu keretakan, pegang tangannya
sebelum dia dipertahankan oleh orang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah
kami akan mempertahankannya selagi hayat dikandung badan.
DI BUKIT AL-SAFA
Setelah
Rasul memperolehi kepastian dari penjagaan Abu Talib terhadap dirinya
semasa Baginda menyampaikan risalah Tuhannya, maka Rasulullah di suatu
hari telah berdiri di Bukit
al-Safa
dan menyeru: Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini. Maka bergegaslah
keluarga qabilah Quraisy ke hadapan Rasulullah. Di sana
Rasulullahmengajak mereka untuk beriman dengan Allah Yang Esa, dengan
risalahnya dan dengan hari akhirat. Mengenai kisah ini Imam al-Bukhari
meriwayatkan sebahagian darinya, iaitu melalui Ibnu Abbas dengan
katanya:
“Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. “
Setelah
turunnya ayat ini, maka Rasulullah pun segera ke bukit Safa dan menyeru
dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy,
hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang
tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah
yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang disitu.
Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian,
bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu,
apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya,
sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari
kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya
aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara
sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari
ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu
turunlah ayat Allah yang bermaksud:
”Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab “.
Imam
Muslim pula meriwayatkan sebahagian yang lain pula dari cerita ini,
iaitu melalui Hadith yang diriwayat oleh Abu Hurairah. Katanya, setelah
terturunnya ayat Allah yang bermaksud:
“Dan berilah peringatan kepada keluargamuyang terdekat. “
Maka
Rasulullah pun mengajak mereka secara umum dan khusus; kata Baginda:
Wahai kalian Quraisy, selamatkanlah diri kamu dari api neraka, wahai
kalian Ka’ab selamatkanlah diri kamu dari api neraka, demi Allah
sesungguhnya daku tidak berkuasa menolong kamu dari azab Allah, apa yang
ada hanyalah hubungan rahim yang akan ku cubakannya.
Inilah
laungan yang berkumandang membawa maksud penyampaian yang optima.
Sebenarnya Rasulullah telah menerangkan kepada yang terdekat dengannya,
bahawa mempercayai dengan risalah yang dibawanya ini merupakan
penyuburan kepada hubung rahim di antara Baginda dan mereka semua.
Kefanatikan kekeluargaan yang menjadi pegangan bangsa Arab ini dicairkan
oleh bahang kepanasaninzar-inzar (peringatan-peringatan) dari Rasulullah s.a.w. yang pasti akan disusuli dengan azab dari daripada Allah s.w.t.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar